✿DuniaCeriaDUNIA KECIL, IMPIAN BESAR Laman utama

Privasi & terma penggunaan

DuniaCeria ialah ruang pembelajaran untuk kanak-kanak 6–12 tahun yang diurus oleh ibu bapa atau penjaga.

Maklumat yang digunakan

Akaun menyimpan nama penjaga, e-mel dan kata laluan yang dihash. Profil anak menyimpan nama panggilan, umur dan avatar. Rekod permainan menyimpan jawapan, skor, mata dan masa aktiviti untuk paparan pencapaian.

Penggunaan dan akses rekod

Ibu bapa boleh melihat rekod anak dalam akaun sendiri. Pentadbir boleh melihat pengguna, pesanan dan ringkasan aktiviti bagi tujuan pengendalian sistem. Tiada papan kedudukan awam untuk anak.

Akses keluarga

Harga RM4.99 ialah sekali bayar untuk sehingga tiga profil anak dan permainan yang tersedia dalam sistem. Tiada pembaharuan bulanan automatik. Akses dibuka selepas admin mengesahkan pembayaran. Hubungi pengendali untuk masalah pesanan, permintaan pemadaman data atau pertanyaan bayaran.

Pembelajaran dan ganjaran

Permainan ialah latihan tambahan, bukan penilaian akademik rasmi. Mata dan lencana tiada nilai tunai. Ibu bapa digalakkan mengawasi penggunaan serta mengajak anak berehat secara berkala.

Keselamatan akaun

Gunakan kata laluan yang unik dan log keluar selepas menggunakan peranti bersama. Akaun ini untuk ibu bapa atau penjaga; anak bermain melalui profil dalam akaun tersebut.